Apakah Yang Terbaharu Untuk Tahun 2021

Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar buat kebanyakan kita. Perintah berkurung yang tidak berpenghujung dan langkah penjarakan sosial telah menjejaskan industri seni persembahan seperti muzik. Pada mulanya, ada di kalangan sahabat pemuzik saya memaparkan karya mereka dalam talian. Lama-kelamaan, serinya kian menghilang kerana semua pihak melakukannya. Ia tidak lagi istimewa – ia hanya sekadar rakaman. Saya berpegang teguh bahawa “persembahan dalam talian” itu ironi. Langsung tetap langsung. Ada genre muzik seperti klasikal hanya boleh dinikmati secara langsung di hadapan mata, bukan melalui kaca dan pembesar (atau lebih tepat pengecil) suara. Memikirkan perkara ini, saya merasa syukur kerana dapat mempersembahkan dua konsert tahun lalu, beberapa hari sebelum Perintah Kawalan Pertama (PKP) yang pertama pada bulan April dan konsert yang kedua pada bulan Oktober. Ringkasnya, banyak di kalangan kami rindu untuk bermain muzik bersama.

Pandemik ini dijangkakan berterusan untuk jangka masa yang panjang. Tiada siapa pun yang tahu bilakah atau sama ada keadaan akan menjadi pulih seperti sedia kala. Untuk kebanyakan pihak, impak pandemik terhadap ekonomi ini sangat besar – ahli muzik tidak terkecuali. Lantaran pula manusia ialah makhluk sosial, apabila kita terpisah, ia sangat memberikan tekanan terhadap hidup kita. Namun, kehidupan mesti diteruskan. Tahun ini, saya ingin menumpukan terhadap dua perkara: pembelajaran dalam talian dan penghasilan video di YouTube. Tugas pengajaran sering memberikan pendapatan yang stabil namun pengajaran dalam talian datang dengan pelbagai cabaran. Tentang penghasilan kandungan baharu, selama ini saya hanya menghasilkan video persembahan. Kini, disebabkan lebih ramai yang duduk di rumah, mungkin ada yang ingin mempelajari sesuatu yang baharu. Saya harap supaya video tutorial saya dapat membantu mereka untuk belajar muzik.

Di sini, saya ingin menguarkan tentang kelas violin dalam talian yang saya anjurkan. Saya boleh mengajar violin untuk semua peringkat dari pemula hingga ke lanjutan melalui aplikasi Skype – untuk sesiapa sahaja di dunia. Yuran bermula daripada RM100.00. Sekiranya berminat, hubungi saya untuk kelas percubaan percuma.
Keperluan pelajar: Violin dan capaian internet yang stabil

In case you have not subscribed to my YouTube channel, find me @AhmadAliffSekiranya anda belum mengikuti siaran YouTube saya, carilah akaun saya @ahmadaliff. Sekiranya anda menghargai dan ingin membantu perjalanan saya, saya menjemput anda untuk menjadi penaung saya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Sumbangan anda amatlah dihargai. Saya mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ kepada untuk tahun 2021.

Tinggalkan Balasan